snow

Thursday, 12 April 2018

FUNGSI GAMELAN

ZAMAN DAHULU:


  • Sebagai persembahan hiburan diraja
  • kesenian gamelan pada suatu masa dahulu hanya berpatronkan raja
  • hanya golongan istana sahaja yang dapat menyaksikan persembahan gamelan

ZAMAN SEKARANG:


  • Dimainkan dikhalayak ramai selepas mendapat kebenaran daripada Tengku Mariam pada 1970
  • Masih dimainkan dalam istiadat istana
  • dipersembahkan dalam majlis-majlis rasmi seperti majlis konvokesyen ,majlis perkahwinan dan majlis penyampaian anugerah
  • sebagai muzik iringan ketibaan tetamu

Wednesday, 11 April 2018

RUJUKAN

BUKU:

Mardiana Nordin.(2011).Pengajian Malaysia.Kuala Lumpur:Oxford Fajar Sdn Bhd.

Asnarulkhadi Abu Samah.(2014).Kenegaraan Malaysia.Kuala Lumpur:Universiti Putra Malaysia.

LAMAN WEB:

Pengenalan,sejarah dan jenis gamelan.(2009).retrieved from
http://muzik-malaysia.blogspot.my/2009/10/gamelan-pengenalan-sejarah-dan-jenis.html

Mitos melangkahi gamelan.(2011).retrieved from
http://www.teguhw.bid/2011/08/mitos-melangkahi-gamelan.html


PENGENALAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Kami ditugaskan menyiapkan satu blogger khas dalam subjek pengajian Malaysia.Kami memilih tajuk alat muzik tradisional melayu iaitu gamelan kerana alat muzik ini begitu menarik untuk dipelajari dan diselami.Maka,dengan memilih tajuk kami akan membuat pengkajian yang lebih lanjut dan mencari maklumat untuk memberi sedikit penerangan tentang alat muzik tradisional iaitu gamelan,ini adalah thread :)

AHLI KUMPULAN:

1. RAJA NAJIHAH RAJA AHMAD   (23041163031)
2. FATIHAH BT YAHAHA                 (23041163046)
3. NURUL AFIQAH BT JUMAD       (23041163067)
4. ALYAA NURAQILAH BT ZAIDI    (23041163045)
5. NURULAIN BT AZMAN               (23041163078)
6. ANNATI A/P SOKALINGAM        (23041163004)
7. FATEN AFRIENA BT MASRI       (23041163007)

APA ITU MUZIK GAMELAN?

Gamelan ialah alat muzik yang bernada pentatonis. Maksud gamelan berasal dari Jawa "gamel" yang bererti memukul, menabuh, diikuti akhiran "an" yang dijadikan sebagai kata benda. Gamelan mempunyai maksud satu kesatuan atau musik yang dimainkan bersama.

LATAR BELAKANG & SEJARAH GAMELAN


  • Pada tahun 1811 gamelan melayu telah diperkenalkan oleh sekumpulan penari dan pemuzik bersama intrumen muzik gamelan yang dibawa dari istana Riau-Lingga untuk menyerikan majlis perkahwinan diraja iaitu Wan Esah,adinda kepada sultan pahang.Bendahara Tun Ali (1806-1857) dengan tengku Hussain putera sulung kepada sultan Riau Lingga Sultan Mahmud Syah III (1761-1812) yang berlangsung di Pekan,Pahang.
  • Seni Gamelan terus berkembang di negeri Pahang dan dikenali sebagai "Joget Pahang" dan perkembangan muzik gamelan turut digambarkan dalam penulisan Frank Swettenham(pegawai british )yang berjudul "A Malay Nautch" yang menjadi tetamu istimewa sultan Ahmad al-Muadzam Shah(1882-1914) pada tahun 1875 di Pekan,Pahang sebagai sesuatu yang unik dan sangat berharga.
 "Had the performance I now describe nearly resembled any of those commonly seen here,on in the Peninsula,there could be little interest in this description,but in the belief that the sight as I saw it is a rare one,seldom witnessed ny Europeans,and so far undescribed,I have ventured to offer it,as it may,to some,be interesting"
  • Menerusi persembahan di upacara perkahwinan,kesenian gamelan ini terus berkembang di negeri Terengganu sebagai hiburan ekslusif bagi keluarga diraja.
  • Joget Pahang dipersembahkan di majlis perkahwinan Tengku Long,puteri Sultan Zainal Abidin III(1881-1918) dari Terengganu dan Baginda telah tertarik kepada seni gamelan dan ingin meneruskan kesenian itu.
  • Tengku Ampuan Mariam  ,puteri Sultan Ahmad telah berkahwin dengan Tengku Sulaiman (1875-1942)
  • Putera Sultan Zainal Abidin III,bersama-sama pasangan diraja Terengganu telah mengangkat seni gamelan melayu ke zaman kegemilangannya(1914-1942).
  • Malangnya,seni Gamelan melalui zaman gelap apabila berlaku Perang Dunia II(1941) dan penaungnya Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah mangkat pada tahun 1942
  • Sejak itu,set Gamelan tersimpan sepi di istana Kolam yang merupakan kediaman Tengku Ampuan Mariam.
  • Ketika Tan Sri Dato' Hj. Mubin Sheppard yang merupakan Pengarah Muzium Negara(1958-1963) sedang menjalankan kajian seni ukiran Melayu di Istana Kolam beliau telah menemui gamelan dan berhasrat untuk menghidupkan semula seni gamelan tersebut.
  • Setelah diperkenankan izin Tengku Ampuan Mariam,beliau berusaha menghimpunkan semula pemuzik-pemuzik lama seperti Encik Muhammad bin Ismail(Pak Mat),seorang pemuzik istana pada suatu ketika dahulu dan penubuhan kumpulan penari yang diberi tunjuk ajar oleh Puan Adnan binti Abdullah(Mak Nang) yang merupakan bekas penari istana.
  • Kumpulan Gamelan baru yang ditubuhkan itu,dikenali sebagai Orkes  Gamelan Diraja Terengganu dan telah membuat kemunculan pertamanya pada tahun 1969 di Pesta Muzik dan Drama Asia Tenggara dan Temasya(1970)yang berlangsung di Universiti Malaya,Kuala Lumpur.

           
                                     
                                                               Tan Sri Dato' Dr Hj. Abdul Mubin Sheppard


INSTRUMEN GAMELAN MELAYU

Gamelan Melayu dimainkan dengan menggunakan 9 jenis instrumen yang terdiri daripada 7 jenis alat muzik utama iaitu keromong yang juga dikenali sebagai bonang, gambang, saron demung, kenong, gong kecil & gong besar & 2 jenis alat muzik dari kumpulan saron barung & saron peking.

Keromong


keromong atau bonang merupakan alat muzik daripada kategori idiofon yang mempunyai bentuk sepert kendi 'kettle shaped dan sifat bunyinya yang berprinsipkan kepada dengung.Terdapat 12 biji gong yang bersaiz kecil di susun di atas tempat yang dicipta khas untuk peralatan muzik tersebut.Keromong merupakan alat utama yang akan memulakan muzik pembukaan kemudian diikuti oleh instrumen gamelan yang lain.Gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada gangsa merupakan alat melodi utama dalam ensembel gamelan. 


Gambang



Gambang terdiri daripada sejumlah kepingan kayu keras yang diletakkan di atas kotak kayu yang berfungsi sebagai penyalun bunyi.Kepingan-kepingan kayu tersebut dipukul dengan sepasang pemukul kayu tersebut dipukul kepada pic-pic tertentu.Alat muzik ini merupakan salah satu alat utama yang dimainkan dalam ensembel gamelan.



Saron



Saron demong








Saron barung





Saron terdiri daripada tiga jenis iaitu saron demong,saron barong dan saron perkin.Setiap saron dapat dibezakan dengan saiz dan juga bunyi yang berbeza.Kumpulan saron ini terdiri daripada 6 bilah gangsa yang di susun dan dipukul menggunakan penukul yang diciptakan berdasarkan bunyi pic-pic tertentu.Saron demung mempunyai saiz lebih besar berbanding saron barung dan saron peking.Manakala saron peking mempunyai saiz lebih kecil.6 bilah gangsa yang terdapat pada saron disusun mengikut bunyi 1,2,3,5,6 dan i



Kenong







Kenong sejenis alat yang diperbuat daripada gangsa dan berfungsi sebagai alat kolotomik dalam muzik gamelan. Mempunyai pic yang tetap iaitu 'fixed-pitch' yang diasaskan kepada 'western tempered pitch'.Terdiri daripada 5 biji gong bersaiz sederhana yang disusun mengikut bunyi 1,2,3,5,6 (bunyi i diganti dengan 1).Memandangkan alat kenong diletakkan di tempat yang lebih tinggi maka pemain memerlukan tempat duduk untuk yang sama tinggi dengan alat ketika memainkan instrumen kenong ini.



                                       

                                               GENDANG



      
Gendang merupakan salah alat muzik tradisional yang sangat signifikan dalam masyarakat melayu.Gendang merupakan alat muzik yang terpenting dalam ensembel muzik tradisional melayu seperti wayang kulit,menora,dan gamelan.Permukaannya diperbuat daripada kulit kambing atau lembu yang diregangkan menggunakan rotan.Buluhnya diperbuat daripada jenis kayu keras seperti kayu nangka atau merbau.



Gong





     
Terdapat 2 jenis gong yang berbeza daripada segi saiz yang dipanggil sebagai gong besar dan gong kecil.Alat muzik ini diperbuat daripada logam seperti gangsa,tembaga atau besi dengan menggunkan teknik acuan.Gong digantungkan pada rak kayu dan dipukul pada bahagian busut dengan menggunkan sebatang pemukul kayu yang berbalut.Gong merupakan utama yang menjadi pelengkap utama sesuatu gubahan muzik gamelan.

*Maklumat diperolehi daripada Unit Perpustakaan dan Bahagian Pengurusan Koleksi, Jabatan Muzium Malaysia dan gambar instrumen Gamelan Melayu merupakan alat muzik diambil di bilik latihan muzik gamelan cendanasari, jabatan muzium malaysia.





GAMELAN MELAYU BERHANTU!




Antara adab dan juga pantang larang ketika bermain alat muzik tradisional seperti gamelan Melayu ialah DILARANG MELANGKAHNYA. Kenapa?

Sesiapa yang pernah bermain atau cuba mengenali gamelan Melayu mesti pernah mendengar hal ini. Pesanan orang tua-tua 'jangan langkah alat muzik'. Kenapa agaknya?

Pada zaman lampau iaitu zaman ketika keris dibawa seperti iPhone, perkara seperti hantu tinggi, ilmu kebal, saka, toyol, penanggal, bunian adalah perkara biasa, dan menjadi sebahagian atau 'mainan' orang-orang Melayu. Barang-barang pusaka seperti barang kemas, bahkan rumah sering dikaitkan dengan penunggu yang mendiaminya. Alat muzik juga tidak terkecuali. 

Alat-alat muzik bukan sahaja dipelihara dengan baik, bahkan mempunyai tatacara dan pantang larangnya ketika upacara sebelum persembahan (buka panggung) dan membersihkan alat tersebut. Setiap alat mempunyai semangatnya yang tertentu, atau 'dibenarkan' untuk didiami dan dijaga. Antara alat itu berpenunggu atau tuan punya alat yang ada saka atau tempat itu berpenunggu... Bergantung dengan apa yang kita nak percaya.

Dalam buaian kemistikan tersebut, hakikatnya perkara melangkah itu adalah sebahagian daripada cerminan adab dan budaya Melayu. Kita sering diingatkan oleh orang tua supaya jangan melangkah buku. Kenapa?

Bukan kerana buku tersebut adalah buku semata-mata, tetapi apa yang mengisi buku tersebut. Buku itu adalah medium kepada penyampaian ilmu; ilmu yang akan kita pakai kepada diri dan diamalkan. Sekiranya buku dilangkah, maka adab menjadi biadab. Sebab itu adab berguru dipandang tinggi, tidak kiralah dalam bidang apa pun, baik ilmu agama, persilatan ataupun kesenian.

Gamelan Melayu yang melahirkan bunyian indah dan mengasyikkan itu adalah seperti buku, sebagai medium kepada ilmu yang didapati. Melangkah alat muzik itu sendiri sudah melanggar adab dalam berhadapan atau bermain gamelan. Jadi, seruan 'jangan langkah alat muzik' itu perlu dilihat dalam konteks yang bersendikan syarak, mengatasi isu berkenaan ada 'semangat' di dalamnya.




PENUTUP & KESIMPULAN

Melalui kajian yang dibuat tentang sejarah gamelan di Malaysia, gamelan dapat ditafsirkan satu kesenian yang melibatkan muzik, tarian & nyanyian. Gamelan di malaysia telah bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Namun, selepas kejatuhan zaman tersebut, gamelan telah di bawa ke Johor seterusnya ke Pahang & Terengganu. Kegunaan gamelan pada suatu masa dahulu hanyalah terhad sebagai kesenian istana. Namun, setelah zaman berubah, keseniaan gamelan telah menjadi popular kepada masyarakat. Banyak acara yang menggunakan muzik gamelan sebagai penyeri majlis.

Selain itu, kita dapat mengenal pasti alat muzik yang digunakan dalam gamelan. Malaysia hanya menggunakan 12 instrumen gamelan berbanding Jawa yang menggunakan 22 jenis instrumen gamelan. Gamelan haruslah diperkenalkan di setiap sekolah supaya generasi muda dapat mengenali warisan Negara. Selain itu, gamelan haruslah dipersembahkan dalam majlis-majlis formal seperti penyampaian hadiah, konvokesyen dan watikah perlantikan sesuatu jawatan. Pertandingan persembahan gamelan juga haruslah diperluas supaya masyarakat luar juga mengenali keseniaan negara kita.