snow

Wednesday 11 April 2018

LATAR BELAKANG & SEJARAH GAMELAN


  • Pada tahun 1811 gamelan melayu telah diperkenalkan oleh sekumpulan penari dan pemuzik bersama intrumen muzik gamelan yang dibawa dari istana Riau-Lingga untuk menyerikan majlis perkahwinan diraja iaitu Wan Esah,adinda kepada sultan pahang.Bendahara Tun Ali (1806-1857) dengan tengku Hussain putera sulung kepada sultan Riau Lingga Sultan Mahmud Syah III (1761-1812) yang berlangsung di Pekan,Pahang.
  • Seni Gamelan terus berkembang di negeri Pahang dan dikenali sebagai "Joget Pahang" dan perkembangan muzik gamelan turut digambarkan dalam penulisan Frank Swettenham(pegawai british )yang berjudul "A Malay Nautch" yang menjadi tetamu istimewa sultan Ahmad al-Muadzam Shah(1882-1914) pada tahun 1875 di Pekan,Pahang sebagai sesuatu yang unik dan sangat berharga.
 "Had the performance I now describe nearly resembled any of those commonly seen here,on in the Peninsula,there could be little interest in this description,but in the belief that the sight as I saw it is a rare one,seldom witnessed ny Europeans,and so far undescribed,I have ventured to offer it,as it may,to some,be interesting"
  • Menerusi persembahan di upacara perkahwinan,kesenian gamelan ini terus berkembang di negeri Terengganu sebagai hiburan ekslusif bagi keluarga diraja.
  • Joget Pahang dipersembahkan di majlis perkahwinan Tengku Long,puteri Sultan Zainal Abidin III(1881-1918) dari Terengganu dan Baginda telah tertarik kepada seni gamelan dan ingin meneruskan kesenian itu.
  • Tengku Ampuan Mariam  ,puteri Sultan Ahmad telah berkahwin dengan Tengku Sulaiman (1875-1942)
  • Putera Sultan Zainal Abidin III,bersama-sama pasangan diraja Terengganu telah mengangkat seni gamelan melayu ke zaman kegemilangannya(1914-1942).
  • Malangnya,seni Gamelan melalui zaman gelap apabila berlaku Perang Dunia II(1941) dan penaungnya Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah mangkat pada tahun 1942
  • Sejak itu,set Gamelan tersimpan sepi di istana Kolam yang merupakan kediaman Tengku Ampuan Mariam.
  • Ketika Tan Sri Dato' Hj. Mubin Sheppard yang merupakan Pengarah Muzium Negara(1958-1963) sedang menjalankan kajian seni ukiran Melayu di Istana Kolam beliau telah menemui gamelan dan berhasrat untuk menghidupkan semula seni gamelan tersebut.
  • Setelah diperkenankan izin Tengku Ampuan Mariam,beliau berusaha menghimpunkan semula pemuzik-pemuzik lama seperti Encik Muhammad bin Ismail(Pak Mat),seorang pemuzik istana pada suatu ketika dahulu dan penubuhan kumpulan penari yang diberi tunjuk ajar oleh Puan Adnan binti Abdullah(Mak Nang) yang merupakan bekas penari istana.
  • Kumpulan Gamelan baru yang ditubuhkan itu,dikenali sebagai Orkes  Gamelan Diraja Terengganu dan telah membuat kemunculan pertamanya pada tahun 1969 di Pesta Muzik dan Drama Asia Tenggara dan Temasya(1970)yang berlangsung di Universiti Malaya,Kuala Lumpur.

           
                                     
                                                               Tan Sri Dato' Dr Hj. Abdul Mubin Sheppard


No comments:

Post a Comment