Melalui kajian yang dibuat tentang sejarah gamelan di Malaysia, gamelan dapat ditafsirkan satu kesenian yang melibatkan muzik, tarian & nyanyian. Gamelan di malaysia telah bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Namun, selepas kejatuhan zaman tersebut, gamelan telah di bawa ke Johor seterusnya ke Pahang & Terengganu. Kegunaan gamelan pada suatu masa dahulu hanyalah terhad sebagai kesenian istana. Namun, setelah zaman berubah, keseniaan gamelan telah menjadi popular kepada masyarakat. Banyak acara yang menggunakan muzik gamelan sebagai penyeri majlis.
Selain itu, kita dapat mengenal pasti alat muzik yang digunakan dalam gamelan. Malaysia hanya menggunakan 12 instrumen gamelan berbanding Jawa yang menggunakan 22 jenis instrumen gamelan. Gamelan haruslah diperkenalkan di setiap sekolah supaya generasi muda dapat mengenali warisan Negara. Selain itu, gamelan haruslah dipersembahkan dalam majlis-majlis formal seperti penyampaian hadiah, konvokesyen dan watikah perlantikan sesuatu jawatan. Pertandingan persembahan gamelan juga haruslah diperluas supaya masyarakat luar juga mengenali keseniaan negara kita.
No comments:
Post a Comment