snow

Wednesday 11 April 2018

INSTRUMEN GAMELAN MELAYU

Gamelan Melayu dimainkan dengan menggunakan 9 jenis instrumen yang terdiri daripada 7 jenis alat muzik utama iaitu keromong yang juga dikenali sebagai bonang, gambang, saron demung, kenong, gong kecil & gong besar & 2 jenis alat muzik dari kumpulan saron barung & saron peking.

Keromong


keromong atau bonang merupakan alat muzik daripada kategori idiofon yang mempunyai bentuk sepert kendi 'kettle shaped dan sifat bunyinya yang berprinsipkan kepada dengung.Terdapat 12 biji gong yang bersaiz kecil di susun di atas tempat yang dicipta khas untuk peralatan muzik tersebut.Keromong merupakan alat utama yang akan memulakan muzik pembukaan kemudian diikuti oleh instrumen gamelan yang lain.Gong yang berukuran kecil dan diperbuat daripada gangsa merupakan alat melodi utama dalam ensembel gamelan. 


Gambang



Gambang terdiri daripada sejumlah kepingan kayu keras yang diletakkan di atas kotak kayu yang berfungsi sebagai penyalun bunyi.Kepingan-kepingan kayu tersebut dipukul dengan sepasang pemukul kayu tersebut dipukul kepada pic-pic tertentu.Alat muzik ini merupakan salah satu alat utama yang dimainkan dalam ensembel gamelan.



Saron



Saron demong








Saron barung





Saron terdiri daripada tiga jenis iaitu saron demong,saron barong dan saron perkin.Setiap saron dapat dibezakan dengan saiz dan juga bunyi yang berbeza.Kumpulan saron ini terdiri daripada 6 bilah gangsa yang di susun dan dipukul menggunakan penukul yang diciptakan berdasarkan bunyi pic-pic tertentu.Saron demung mempunyai saiz lebih besar berbanding saron barung dan saron peking.Manakala saron peking mempunyai saiz lebih kecil.6 bilah gangsa yang terdapat pada saron disusun mengikut bunyi 1,2,3,5,6 dan i



Kenong







Kenong sejenis alat yang diperbuat daripada gangsa dan berfungsi sebagai alat kolotomik dalam muzik gamelan. Mempunyai pic yang tetap iaitu 'fixed-pitch' yang diasaskan kepada 'western tempered pitch'.Terdiri daripada 5 biji gong bersaiz sederhana yang disusun mengikut bunyi 1,2,3,5,6 (bunyi i diganti dengan 1).Memandangkan alat kenong diletakkan di tempat yang lebih tinggi maka pemain memerlukan tempat duduk untuk yang sama tinggi dengan alat ketika memainkan instrumen kenong ini.



                                       

                                               GENDANG



      
Gendang merupakan salah alat muzik tradisional yang sangat signifikan dalam masyarakat melayu.Gendang merupakan alat muzik yang terpenting dalam ensembel muzik tradisional melayu seperti wayang kulit,menora,dan gamelan.Permukaannya diperbuat daripada kulit kambing atau lembu yang diregangkan menggunakan rotan.Buluhnya diperbuat daripada jenis kayu keras seperti kayu nangka atau merbau.



Gong





     
Terdapat 2 jenis gong yang berbeza daripada segi saiz yang dipanggil sebagai gong besar dan gong kecil.Alat muzik ini diperbuat daripada logam seperti gangsa,tembaga atau besi dengan menggunkan teknik acuan.Gong digantungkan pada rak kayu dan dipukul pada bahagian busut dengan menggunkan sebatang pemukul kayu yang berbalut.Gong merupakan utama yang menjadi pelengkap utama sesuatu gubahan muzik gamelan.

*Maklumat diperolehi daripada Unit Perpustakaan dan Bahagian Pengurusan Koleksi, Jabatan Muzium Malaysia dan gambar instrumen Gamelan Melayu merupakan alat muzik diambil di bilik latihan muzik gamelan cendanasari, jabatan muzium malaysia.





No comments:

Post a Comment